Reports
Mar 15, 2023
6
Minutes read

Kesejahteraan Kediaman Golongan Miskin Bandar: Kajian Program Perumahan Rakyat (PPR)

Authors
Dr Suraya Ismail
Gregory Ho Wai Son
Gregory Ho Wai Son
Puteri Marjan Megat Muzafar
Puteri Marjan Megat Muzafar
Theebalakshmi Kunasekaran
Theebalakshmi Kunasekaran
Muhammad Nazhan Kamaruzuki
Muhammad Nazhan Kamaruzuki
Adam Manaf Mohamed Firouz
Adam Manaf Mohamed Firouz
Dr Rachel Gong
Dr Rachel Gong
Key Takeaways
Data Overview
Kajian ini mencadangkan pendekatan holistik baru dalam merangka dasar perumahan sosial melalui 3 teras dasar dengan 9 cadangan dasar.
kesejahteraan-kediaman-golongan-miskin-bandar-kajian-program-perumahan-rakyat-ppr
Reports
Peer-reviewed publications built on rigorous data analysis and insights. Each report presents clear, actionable policy recommendations and in-depth findings that stand up to public and expert scrutiny.
Disclaimer
As we transition to a digital-first communication and continue building our knowledge hub, publications released before October 2025 are preserved in their original format. Publications released from October 2025 onward adopt a new, digitally friendly format for easier online reading. The official versions of earlier publications, including their original language and formatting, remain available in the downloadable PDF.

Perumahan sosial mesti dilihat sebagai tanggungjawab pengurusan dalam objektif pemulihan kebajikan ‘social improvements’ oleh kerajaan (iaitu pengurusan kesejahteraan isi rumah dan kualiti stok kediaman); dan bukan penyelesaian ‘pembinaan’ iaitu berdasarkan bilangan unit rumah yang dibina sahaja. Selaras dengan Dasar Perumahan Negara 2.0 (2018 – 2025) (DRN 2.0), rangka kerja dasar yang mampan membolehkan isi rumah miskin beralih daripada penyewaan sosial kepada menyewa di pasaran bebas dan akhirnya memiliki rumah sendiri. Mengikut rangka kerja ini, perumahan sosial diklasifikasikan sebagai perumahan transit dengan laluan formal dan jelas bagi isi rumah yang berkemampuan untuk ‘graduasi’ ke dalam sektor pasaran.

Dasar perumahan tidak boleh hanya tertumpu untuk mengurus kediaman golongan miskin tanpa mengambil kira transaksi perumahan di pasaran bebas. Penemuan kajian menunjukkan terdapat fenomena ‘universal housing queue’ yang menyukarkan golongan miskin untuk menduduki perumahan yang baik, manakala mereka yang berada di julat terdekat dengan golongan miskin akan kekal dengan perumahan berkualiti rendah di pasaran bebas. Kajian ini juga menunjukkan pilihan kediaman yang sangat terhad bagi isi rumah untuk beralih dari sektor sosial (PPR) kepada pasaran bebas.

KRI mencadangkan pendekatan holistik baru dalam merangka dasar perumahan sosial melalui 3 teras dasar dengan 9 cadangan dasar. Tiga teras dasar tersebut merangkumi perubahan dalam dasar perumahan sosial daripada hanya dilihat sebagai penyelesaian pembinaan (unit dibina) ke tanggungjawab pengurusan. Ini termasuk:

  1. Pengurusan isi rumah PPR: untuk mewujudkan senarai daftar isi rumah berdasarkan keperluan perumahan dengan kriteria kelayakan yang melangkaui tahap pendapatan seperti saiz isi rumah, kurang upaya usia tua dan kecacatan fizikal.
  2. Pengurusan unit perumahan PPR: untuk menambah baik piawaian perumahan PPR sedia ada dan akan datang, dengan pelbagai GFA untuk menampung saiz isi rumah yang berbeza.
  3. Pengurusan unit perumahan sektor swasta: untuk mengelakkan isi rumah yang beralih/ ‘graduasi’ dari perumahan sosial daripada tinggal dalam keadaan perumahan yang lebih memudaratkan di pasaran bebas.
Read Full Publication

Article highlight

featured report

Conclusion

Attributes
Footnotes
References
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials