
Inflasi Terkawal Tetapi Rakyat Masih Bergelut
Mengapa rakyat masih terbeban dengan kos sara hidup walaupun inflasi semakin rendah?
Penurunan kadar inflasi tidak bermakna harga barang menjadi lebih murah. Antara tahun 2009 dengan 2024, perbelanjaan untuk barangan dapur meningkat sebanyak 94%. Ini menunjukkan bahawa isi rumah perlu membelanjakan lebih banyak untuk memenuhi keperluan harian berbanding dahulu.
Menurut penyelidik kami, Dr. Mikhail Rosli, kadar inflasi sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Penilaian juga perlu mengambil kira bahagian pendapatan isi rumah yang digunakan untuk perbelanjaan asas serta pendapatan yang masih berbaki. Hal ini penting untuk memahami kedudukan kewangan isi rumah dengan lebih tepat.
Tonton perbincangan penuh di saluran YouTube Biz Malaysia.



Want more stories like these in your inbox?
