Views
Dec 10, 2025
6
Minutes read

Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Tertiari TVET

Authors
Wan Amirah Wan Usamah
No items found.
Key Takeaways
Data Overview

Peningkatan peruntukan belanjawan negara melambangkan usaha kerajaan dalam mengukuhkan sektor pendidkan TVET.Namun hanya separuh daripada institusi TVET sedia ada menawarkan pendidkan peringkat tertiari. Oleh itu, Malaysia perlu menumpukan usaha bagi menghasilkan lebih ramai graduan TVET yang mempunyai pensijilan tahap tinggi bagi menyokong perkembangan kerjaya bakat teknikal negara dan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor ekonomi strategik.

perlunya-pemerkasaan-pendidikan-tertiari-tvet
Views
Individual reflections and analyses on timely topics, offering context and thoughtful viewpoints that help readers better understand emerging trends and policy debates.
Disclaimer
As we transition to a digital-first communication and continue building our knowledge hub, publications released before October 2025 are preserved in their original format. Publications released from October 2025 onward adopt a new, digitally friendly format for easier online reading. The official versions of earlier publications, including their original language and formatting, remain available in the downloadable PDF.

Pengenalan

Belanjawanku 2026 memperuntukkan sebanyak RM 7.9 billion kepada sektor pendikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)1. Peruntukan belanjawan untuk TVET kian meningkat, mencerminkan pertumbuhan landskap pendidikan TVET Malaysia dan sumbangannya kepada kumpulan bakat negara. Peningkatan paling ketara dapat dilihat apabila peruntukan TVET meningkat daripada RM1.18 bilion dalam Belanjawan 2014 kepada RM5.23 bilion pada tahun 2016. Peningkatan ini seiring dengan penekanan terhadap TVET dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), yang mengiktiraf TVET sebagai pemangkin perubahan bagi pembangunan bakat teknikal negara2.

Kini, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) meletakkan hala tuju penting dalam menaik taraf pensijilan TVET bagi menyokonng keperluan bakat  industri3. Sehubungan itu, peningkatan peruntukan bagi sektor pendidikan TVET haruslah diring dengan perkembangan pendidkan TVET yang strategik. Justeru, artikel ini membincangkan mengenai landskap semasa pendidkan TVET serta keperluan untuk mengembangkan akses kepada sijil tahap tertiari dalam sektor TVET.

Ekosistem Pendidikan TVET Malaysia

Landskap sektor pendidikan TVET di Malaysia merangkumi pelbagai jenis institusi yang merentasi beberapa sektor dan tahap kemahiran. Kebanyakan institusi TVET merupakan institusi awam, seperti Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Selain itu, beberapa kementerian lain  seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, turut mengendalikan pusat latihan khusus yang menawarkan program berfokuskan industri. Tambahan pula, jumlah institusi TVET swasta jsemakin meningkat dan memainkan peranan yang semakin penting dalam memperluas akses kepada pendidikan TVET.

Taburan institusi TVET melipulti seluruh Malaysia

Rajah 1: Jumlah institusi TVET mengikut daerah

Sumber: KRI (2025)

Malaysia kini mempunyai lebih daripada seribu institusi TVET, dengan kebanyakan daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu institusi TVET.  Taburan luas institusi TVET ini boleh dikaitkan dengan inisiatif pembangunan luar bandar, khususnya melalui program dan penyediaan latihan di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kebanyakan institusi TVET tertumpu di wilayah tengah Malaysia – dengan sejumlah 300 institusi TVET berdaftar di Selangor dan Kuala Lumpur. Dalam wilayah ini, Petaling mencatatkan bilangan institusi tertinggi dengan 103 institusi, diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 86 institusi. Daerah lain yang turut mempunyai bilangan institusi TVET yang tinggi termasuk Johor Bahru (39 institusi), Kuching (33 institusi), Kota Kinabalu (22 institusi), Alor Gajah (22 institusi) dan Kuantan (20 institusi).

Namun, akses kepada institusi TVET peringkat tertiari kurang meluas

Rajah 2: Jumlah institusi TVET peringkat tertiari, mengikut daerah

Sumber: KRI (2025)

Walau bagaimanapun, tidak semua institusi TVET menawarkan laluan pendidikan peringkat tertiari, yang ditakrifkan sebagai tahap kelayakan yang setara dengan diploma dan ke atas. Selaras dengan definisi ini, sesebuah institusi  hanya boleh dikategorikan sebagai institusi TVET tertiari sekiranya ia menawarkan kursus dan pensijilan yang bersamaan dengan Tahap 4 dan ke atas dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) . Daripada lebih seribu institusi TVET, hanya separuh (530 institusi) memenuhi kriteria ini.

Bilangan daerah yang mempunyai institusi TVET tertiari adalah jauh lebih rendah (Rajah 2). Jurang ini amat ketara di Sabah dan Sarawak, di mana institusi TVET tertiari tertumpu di sekitar ibu negeri masing-masing, iaitu Kota Kinabalu (13 institusi tertiari) dan Kuching (18 institusi). Selain itu, Bintulu dan Miri di Sarawak, serta Sandakan di Sabah, masing-masing mempunyai lima institusi TVET tertiari, yang mungkin dipacu oleh tahap aktiviti perindustrian yang tinggi di kawasan tersebut.

Sebaliknya, taburan institusi TVET tertiari di Semenanjung Malaysia adalah lebih meluas, dengan majoriti daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu institusi TVET tertiari. Daerah yang mempunyai bilangan institusi TVET tertiari yang tinggi termasuk Petaling, Selangor (48 institusi tertiari), Kuala Lumpur (41 institusi tertiari) Johor Bahru, Johor (19 institusi tertiari), Kuantan, Pahang (15 institusi tertiari), Alor Gajah, Melaka (14 institusi tertiari), Kinta, Perak (13 institusi tertiari) dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (12 institusi tertiari). Daerah-daerah ini juga merupakan pusat aktiviti ekonomi dan perindustrian yang pesat, yang mungkin telah menyumbang kepada penubuhan institusi TVET tertiari awam dan swasta di kawasan tersebut.

Institusi TVET yang menawarkan sijil peringkat ijazah sarjana muda jauh lebih rendah

Dalam kalangan institusi TVET peringkat tertiari, hanya sebilangan kecil yang menawarkan kursus pada peringkat ijazah sarjana muda (Tahap 6 MQF) dan ke atas. Antara institusi TVET awam peringkat tertiari, Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) merupakan penyedia utama kelayakan peringkat lanjutan yang membolehkan laluan pendidikan hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) bagi graduan TVET yang berminat. Di samping itu, terdapat juga penyedia TVET tertiari swasta yang menawarkan laluan kelayakan tertiari yang lebih tinggi, seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan UNITAR yang masing-masing mempunyai beberapa cawangan di pelbagai negeri.

Majoriti  institusi TVET tertiari yang menawarkan kelayakan pada peringkat ijazah tertumpu di Semenanjung Malaysia, khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Bagi negeri Sabah dan Sarawakpendidikan TVET pada peringkat tersebut hanya disediakan oleh institusi swasta di dalam negeri.

Jadual 1 Senarai Institusi yang menawarkan kelayakan TVET pada peringkat ijazah

Sumber: KRI (2025)

Dengan adanya integrasi antara kurikulum TVET dan akademik, pemegang diploma berkaitan TVET boleh melanjutkan pengajian di mana-mana universiti, tertakluk kepada keperluan khusus kursus berkenaan. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan graduan yang mengikuti laluan TVET tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang lazimnya merupakan prasyarat kemasukan ke program ijazah konvensional. Oleh itu, program ijazah berorientasikan TVET seperti Ijazah Sarjana Muda Teknologi telah diperkenalkan sebagai usaha untuk menangani jurang ini. Namun, institusi yang menawarkan pilihan ini adalah terhad.

Hasil Graduan TVET Adalah Terhad Kepada Laluan Pendidikan yang Terbatas

Landskap TVET  di Malaysia merangkumi pelbagai institusi, masing-masing memenuhi fungsi khusus berdasarkan mandat yang diberikan. Sebagai contoh, pusat latihan kemahiran awam memberi tumpuan dalam membekalkan pelajar dengan kemahiran relevan industri untuk membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dengan segera. Politeknik dan kolej komuniti pula lazimnya menggabungkan komponen vokasional dan akademik, sekali gus menyediakan laluan sama ada ke pekerjaan teknikal atau pengajian lanjut. Sementara itu, institusi bertaraf universiti yang menawarkan ijazah berkaitan TVET lebih memfokuskan kepada melahirkan ahli teknologi dan penyelidik gunaan. Pembahagian fungsi  ini menggambarkan keperluan untuk memenuhi permintaan pendidikan pelbagai kumpulan sosio-ekonomi, sektor industri, dan keperluan pasaran kerja. Namun, ia turut mengakibatkan perbezaan objektif yang ketara dalam kalangan institusi di seluruh sistem TVET.

Sehubungan itu, hasil graduan TVET di Malaysia adalah terhad kepada laluan pendidikan yang tersedia. Hal ini menjejaskan  kedalaman dan keluasan kemahiran serta tahap kelayakan yang dapat dicapai oleh graduan TVET. Kebanyakan pengambilan pelajar dalam institutsi TVET berlaku pada peringkat sijil pasca menengah dan diploma, dengan hanya sebilangan kecil yang  melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah atau pascasiswazah dalam ekosistem TVET. Hal ini sebahagiannya berpunca daripada kekurangan institusi yang menawarkan pendidikan TVET peringkat tinggi. Walaupun taburan institusi TVET adalah meluas di seluruh negara, hanya separuh daripadanya menawarkan laluan TVET bertaraf tertiari. Kekangan ini menjadi semakin ketara apabila tahap kelayakan meningkat, dengan kebanyakan peluang pascasiswazah tertumpu dalam sektor akademik.

Sekatan ini menimbulkan cabaran terhadap perkembangan bakat dan kemahiran bagi graduan TVET. Akibatnya, ramai graduan memasuki tenaga kerja dengan kelayakan pada tahap asas, yang boleh mengehadkan peluang kemajuan kerjaya mereka. Hal ini amat ketara dalam ekonomi  yang semakin berkembang dan memerlukan kemahiran teknikal tahap tinggi serta daya inovasi. Justeru, terdapat keperluan untuk menubuhkan lebih banyak institusi TVET bertaraf tertiari serta menawarkan kelayakan peringkat tinggi di institusi TVET bukan tertiari sedia ada, khususnya di negeri-negeri yang mempunyai ketersediaan terhad.

Kesimpulan

Peningkatan peruntukan belanjawan negara melambangkan usaha kerajaan dalam mengukuhkan sektor pendidkan TVET. Namun begitukeupayaan sektor ini untuk melahirkan graduaan berkemahiran tinggi masih terhad oleh struktur dan ketersediaan laluan pendidikan sedia ada. Untuk menyokong perkembangan kerjaya dan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor ekonomi strategik, Malaysia perlu menumpukan usaha bagi menghasilkan lebih ramai graduan TVET yang mempunyai pensijilan tahap tinggi, khususnya dalam industri yang sedang berkembang pesat dan berpermintaan tinggi.

Read Full Publication

Article highlight

featured report

Conclusion

Download Resources
Files
Attributes
Footnotes
  1. Bernama (2025)
  2. EPU(2015)
  3. EPU(2025)
References

Bernama. 2025. “Belanjawan 2026: TVET Terus Diperkasa Melalui Peruntukan RM7.9 Billion - TPM Ahmad Zahid,” 2025. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-2026-tvet-terus-diperkasa-melalui-peruntukan-rm79-billion-tpm-ahmad-zahid-543328.

EPU. 2015. “Rancangan Malaysia Ke-11 (2016–2020).” Putrajaya: Economic Planning Unit. https://ekonomi.gov.my/.../pdf

EPU. 2025. “Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030).” Putrajaya: Economic Planning Unit. https://rmk13.ekonomi.gov.my/

KRI. 2025. “Badges of Progress: A Study on Technology and Technical Talent Development in Malaysia.” Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute. https://www.krinstitute.org/publications/badges-of-progress-a-study-on-technology-and-technical-talent-development-in-malaysia.

Photography Credit

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials