
KRI Opentable Podcast Ep.5: Perang Iran-Israel dan Kerapuhan Tenaga Global
Konflik Iran dan Amerika Syarikat-Israel telah mengakibatkan gangguan bekalan tenaga global yang serius.
Selat Hormuz disekat, manakala beberapa kilang penapisan minyak di negara-negara Teluk diserang sekaligus mendorong kepada peningkatan harga minyak global kepada hampir $110 setong. Kesannya turut dirasai di Malaysia, apabila harga minyak diesel meningkat sehingga lebih RM6.00
seliter. Kuota BUDI95 juga dikurangkan dari 300 liter kepada 200 liter bermula April 2026.
Sejauh mana kesan konflik ini akan menimpa Malaysia.
Dengarkan ulasan Pengerusi KRI, Dr Nungsari Radhi dan Timbalan Pengarah Penyelidikan KRI, Yin Shao Loong yang mengupas dengan lebih dalam tentang impak krisis tenaga terhadap kehidupan harian rakyat Malaysia.
Episod KRI Opentable Podcast kali ini dihoskan oleh Mathew Achari, dari Ekonomi Rakyat.



Want more stories like these in your inbox?
