
Impak krisi Iran-Amerika Syarikat terhadap Malaysia
Perang Iran–Israel/Amerika bukan sekadar konflik di Timur Tengah. Kesannya sampai ke rakyat Malaysia.
Penasihat penyelidik kami, Prof Jomo Kwame Sundaram, mengingatkan bahawa jika ketegangan antara Iran dan Israel berlarutan atau meluas, kesannya tidak terhenti di medan perang. Ia boleh menggoncang harga minyak dunia, mengganggu perdagangan global, dan mencetuskan tekanan ekonomi yang dirasai jauh dari rantau tersebut.
Bagi Malaysia, implikasinya nyata. Kerajaan mungkin terpaksa menanggung kos subsidi minyak dan gas yang lebih tinggi. Jika tekanan fiskal meningkat, pilihan yang tinggal selalunya sukar: menaikkan cukai atau mengurangkan perbelanjaan awam.
Dan apabila perbelanjaan dikurangkan, sektor yang paling hampir dengan rakyat boleh terjejas, kesihatan, pendidikan, dan bantuan sosial.
Persoalannya:
Sejauh mana perang di luar sempadan boleh mengubah realiti ekonomi di dalam negara?
#IranIsraelWar #Iran #MiddleEast #Malaysia #EkonomiGlobal #perang #perangiranisrael #perangiranamerika



Want more stories like these in your inbox?
