External Link
-
April 4, 2025
External Link
-
Nov 25, 2025

Kejutan Tarif Trump: Implikasi terhadap Malaysia

Apr 4, 2025
-
8:15 pm
-
Register NowEvent Video

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh
Presiden Amerika Syarikat (AS) President Donald
Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.
Tarif adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport dari negara lain.
Tarif bolen digunakan untuk meningkatkan pendapatan, mempengaruhi aliran
perdagangan, atau melindungi industri domestik.
Tarit Trump bertujuan mencapai ketiga-tiga matlamat itu.
Memandangkan As merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia selepas Singapura dan China, tarif baru itu dan implikasi strategiknya perlu difahami.
Pertama, Malaysia tidak dipilih secara khusus oleh AS. Begitu juga AS yang tidak merungut mengenai sebarang dasar perdagangan tertentu yang diamalkan Malaysia atau mana-mana negara lain.
Mulai 5 April, 2025, AS akan mengenakan levi minimum 10 peratus terhadap semua negara, meliputi rakan sekutu seperti United Kingdom (UK) sehingga melibatkan Pulau Heard dan Pulau McDonald di luar pantai Antartika, yang tidak berpenghuni kecuali penguin.
Mulai 9 April, kira-kira 90 negara lain termasuk Malaysia akan menghadapi tarif "timbal balas" yang lebin tinggi.
Tindakan itu bukan untuk membalas tarif tinggi yang dikenakan Malaysia terhadap mana-mana barangan AS (sebenarnya, kebanyakannya adalah rendah).
Sebaliknya, yang menjadi isu bagi As adalah kewujudan defisit perdagangan.
Formula yang digunakan untuk menetapkan tarif yang lebih tinggi itu adalah kontroversi dan hampir tidak berasas.
Secara asasnya, ia adalah imbangan perdagangan dua hala antara As dan negara lain dibahagikan dengan import AS dari negara tersebut.
Jumlah itu kemudiannya dibahagikan dengan
dua untuk menawarkan kadar "diskaun", dengan kadar minimum sebanyak 10 peratus.
Memburukkan lagi pendekatan sembarangan ini hanya menggunakan data perdagangan
2024.
"Timbal balas. Ini bermakna sebagaimana yang mereka lakukan kepada kita, begitulah sebaliknya," kata Presiden Trump pada Rabu.
Bagaimanapun, hal yang berlaku bukan seperti memberikan balasan setimpal.
Kadar tarif yang dikenakan pentadbiran Trump terhadap Malaysia adalah 47 peratus dengan kadar diskaun sebanyak 24 peratus.
Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) sendiri mengakui purata kadar tarif Negara Paling Dihargai (MFN) Malaysia adalah 5.6 peratus.
Trump dan USTR mendakwa defisit perdagangan boleh diperbetulkan dengan tarif
AS, selain turut mendakwa defisit perdagangan itu wujud disebabkan beberapa faktor.
Antaranya, kerana dasar domestik rakan dagang, tanpa mengambil kira keistimewaan luar biasa dolar sebagai mata wang rizab dunia untuk perdagangan antarabangsa, keputusan pengeluaran yang dibuat oleh syarikat AS, atau permintaan pengguna terhadap barangan yang tidak boleh dihasilkan di As.
USTR juga mendakwa meskipun mengambil kira kesan defisit perdagangan daripada puluhan ribu tarif, peraturan, cukai, dan dasar lain di setiap negara adalah kompleks, malah mustahil, kesan gabungannya boleh diwakili dengan mengira kadar tarif yang konsisten dengan memacu defisit perdagangan dua hala kepada sifar. Jika defisit perdagangan berterusan disebabkan oleh dasar tarif dan bukan tarif serta asas-asas tertentu, maka kadar tarif yang konsisten dengan mengimbangi dasar dan asas-asas ini adalah timbal balik dan adil.
Negara-negara lebihan perdagangan AS seperti UK, bagaimanapun, turut tertakluk kepada tarif minimum 10 peratus.
Secara logiknya, defisit perdagangan AS dengan mana-mana negara tertentu harus dibayar melalui tarif ke atas eksport negara tersebut. Bagi negara yang berhasrat mengurangkan tarif Trump, sama ada negara itu perlu mengurangkan eksport ke AS atau membeli barangan AS yang mencukupi untuk mengimbangi baki perdagangan mereka.
Bagaimanapun, mungkin bukan Malaysia atau mana-mana negara lain yang akan menanggung tarif ini kerana kos-kos ini akhirnya diserap oleh pengguna AS.
Tarif Trump ini sebenarnya hanya akan meningkatkan harga bagi pengguna As, menaikkan inflasi, menurunkan permintaan untuk barangan, serta membawa risiko kemelesetan.
Kesan-kesan ini mungkin akan mengurangkan eksport ke AS, dan seterusnya mengurangkan defisit perdagangan negara itu, bukannya menggalakkan peningkatan pembuatan.
Walaupun Trump dikenali dengan memfokuskan kepada pemindahan semula
pengeluaran ke As, tarif yang dikenakan pada April ini menyasarkan semua barangan termasuk pertanian dan komoditi melainkan tembaga, farmaseutikal, semikonduktor dan kayu, tenaga, beberapa mineral yang tidak terdapat di AS, emas dan keluli/ aluminium, serta kereta/komponen kereta yang telah dikenakan tarif.
Turut disasarkan adalah produk seperti pisang dan kelapa yang tidak mudah ditanam di AS memandangkan ia mungkin menyumbang kepada defisit.
Barangan elektrik dan elektronik adalah sebahagian besar daripada eksport Malaysia ke
AS dengan penyumbang terbesar adalah semikonduktor.
Walaupun pada masa ini ia dikecualikan daripada tarif yang dilaksanakan oleh Trump, pegawai AS memaklumkan langkah terhadap semikonduktor akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Pemindahan semula pengeluaran cip dari
Taiwan adalah matlamat khususnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah rancangan AS untuk Malaysia dalam hal ini.
Dengan kadar tarif diskaun sebanyak 24 peratus, Malaysia kekal berdaya saing berbanding alternatif serantau seperti China (34 peratus), India (26 peratus), Taiwan (32 peratus), Thailand (36 peratus) dan Vietnam (46 peratus).
Melainkan Trump, kalangan Presiden AS sejak 30 tahun lepas menyokong globalisasi pembuatan menerusi syarikat multinasional, yang memperlihatkan China, Mexico dan Kanada menjadi rakan perdagangan utama di samping
Jepun dan Jerman pada tahap yang lebih kecil.
Di Rumah Putih, mereka yakin China telah
menyebabkan pekerjaan dalam sektor
pengeluaran beralih keluar dari AS.
Bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan peningkatan produktiviti buruh dan penerimagunaan teknologi telah mengurangkan guna tenaga dalam sektor pembuatan di AS manakala pengeluaran berkemahiran rendah dipindahkan ke Asia.
Di Asia, kelebihan daya saing China telah menyisihkan pengeluar Asia lain seperti Jepun dan Malaysia tetapi tidak semestinya
mengorbankan pekerjaan kolar biru AS.
Menurut St. Louis Fed, apabila "AS boleh membeli barangan daripada pasaran dunia dengan hanya mencetak wang atau mengeluarkan hutang, ia akan mengalami defisit perdagangan yang berterusan."
Keadaan ini berlaku apabila AS memansuhkan sistem Bretton Woods, menggantikan dolar AS dengan emas sebagai mata wang rizab dunia.
Ini menggalakkan pelaburan modal asing kepada aset As dan peningkatan dolar, menjadikan import lebih murah dan eksport yang kurang kompetitif, yang seterusnya meluaskan defisit perdagangan.
Tarif yang diumumkan oleh Trump tidak banyak mengatasi faktor struktur di sebalik defisit perdagangan yang dialami oleh As atau pengedaran pembuatan di seluruh dunia.
Tambahan pula, AS mencatatkan lebihan perdagangan dalam perkhidmatan dengan negara lain di dunia.
Tarif yang dikenakan terhadap China ketika pentadbiran Trump yang pertama sebelum ini tidak memulihkan defisit perdagangan AS.
Mereka hanya menggalakkan arbitraj tarif apabila pengeluaran berpindah ke negara yang mengenakan tarif yang lebih rendah. Hasil yang sama mungkin berlaku dengan tarif terbaharu yang diumumkan oleh Trump. Apa yang boleh Malaysia lakukan?
Tarif timbal balik akan mengakibatkan inflasi terhadap pengguna Malaysia dan kerajaan amat bijak untuk meramalkan ia berlaku.
EU dan China pula mengambil pendekatan
'bertarung' yang lebih sesuai dengan saiz ekonomi masing-masing.
Jadi, mash terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kesan ke atas industri semikonduktor. Kita tahu bahawa Trump mahu lebih banyak sektor pembuatan semikonduktor di AS, tetapi syarikat AS lebih gembira dengan keberadaan mereka sejak sekian lama di Malaysia.
Secara umumnya, Malaysia menyediakan perkhidmatan ujian akhir tetapi berhasrat
meningkatkan kehadirannya dalam bidang pembuatan.
Peningkatan itu akan mendapat manfaat daripada eksport ke AS tetapi tarif akan menjejaskan permintaan. Oleh itu, bagi memastikan kejayaan eksport dalam pembuatan, kini firma perlu sama ada mencapai kecekapan pengeluaran atau terlibat
dalam arbitraj tarif.
Pilihan pertama akan memberi jaminan jangka panjang dan lebih baik, kerana As telah menunjukkan kesediaannnya untuk memintas
mana-mana kekurangan yang ada.
Ketika ini, Malaysia berada di spektrum paling bawah pelaksanaan tarif oleh Trump tetapi kita mungkin mash terdedah kepada arbitraj tarif kerana lokasi tarif 10 peratus seperti Singapura dan Brazil mungkin tiba-tiba lebih menarik untuk dieksport ke AS.
Bagaimanapun, kita boleh menjangkakan Trump akan mengekang defisit perdagangan yang semakin melebar seperti pemintasan panel solar dari China menerusi Malaysia yang berjaya digagalkan tahun lepas.
Jadi, pendekatan terbaik adalah mengambil sikap tunggu dan lihat, iaitu bagaimana pengguna, firma dan individu di AS, memberi maklum balas terhadap kenaikan harga.
Penempatan semula ke AS atau 10 peratus di tengah-tengah penurunan permintaan pengguna atau kemelesetan merupakan
sesuatu yang sia-sia.
Begitu pun, Trump hanya mempunyai tempoh empat tahun untuk memegang jawatan itu dan mash tidak jelas sama ada dasar tersebut akan bertahan lama.
Namun, satu perkara yang pasti. Tiada negara termasuk AS akan muncul tanpa terjejas daripada kejutan tarif Trump ini.
Malaysia tidak boleh menjangkakan ia untuk kembali normal. Kita mesti mengemudi, mencari realiti baharu.

related to this event
No items found.

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials