Views
Feb 29, 2020
6
Minutes read

Benarkah Jurang Miskin, Kaya Malaysia Makin Lebar?

Authors
Hawati Abdul Hamid
No items found.
Key Takeaways
Data Overview
Rencana ini membincangkan tentang kepelbagaian definisi pendapatan isi rumah dan bagaimana ianya mempengaruhi analisis jurang ekonomi di Malaysia. Pendapatan boleh guna atau pendapatan bersih setelah ditolak potongan-potongan seperti cukai, KWSP dan Perkeso merupakan definisi yang lebih sesuai digunakan dalam mengukur taraf hidup isi rumah.
benarkah-jurang-miskin-kaya-malaysia-makin-lebar
Views
Individual reflections and analyses on timely topics, offering context and thoughtful viewpoints that help readers better understand emerging trends and policy debates.
Disclaimer
As we transition to a digital-first communication and continue building our knowledge hub, publications released before October 2025 are preserved in their original format. Publications released from October 2025 onward adopt a new, digitally friendly format for easier online reading. The official versions of earlier publications, including their original language and formatting, remain available in the downloadable PDF.

Di sebalik kebimbangan masyarakat tentang isu kemiskinan dan ketaksamaan, percaya atau tidak, jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat di Malaysia secara amnya bertambah baik. Selepas Krisis Kewangan Asia 1997, kadar ketaksamaan berdasarkan pekali Gini telah menurun daripada 0.459 pada 1997 kepada 0.399 pada 2016. Ini bermakna jurang antara golongan kaya dan miskin semakin mengecil secara relatif, walaupun jurang mengikut nilai mutlak pendapatan mungkin semakin melebar.

Pendapatan kasar dan bersih

Tidak dinafikan dasar pengagihan semula oleh kerajaan banyak menyumbang kepada penurunan ketaksamaan di Malaysia. Penggunaan ‘pendapatan kasar’ dalam statistik rasmi (yang belum ditolak potongan-potongan seperti cukai, KWSP dan Perkeso), bermakna bahawa hanya kesan ‘pindahan diterima’ sahaja diambilkira. Manakala kesan ‘pindahan dibayar’ seperti cukai pendapatan ke atas penurunan ketaksamaan tidak diambilkira.

Manfaat daripada pemilikan rumah

Selain itu, apa yang dianggap sebagai ‘pendapatan’ juga boleh merangkumi manfaat yang terhasil daripada barangan dan perkhidmatan yang dimiliki atau dihasilkan oleh isi rumah untuk kegunaan sendiri. Salah satu elemen penting dalam komponen pendapatan ini ialah sewa imput yang merujuk kepada ‘pendapatan’ (bukan tunai) yang dinikmati oleh isi rumah yang tinggal di dalam rumah yang dimiliki sendiri.

Antara realiti dan persepsi

Sebaliknya, jurang ketaksamaan adalah lebih besar apabila hanya pendapatan gaji dan upah sahaja diambilkira. Kadar pertumbuhan gaji dan upah yang lembab kebelakangan ini juga mempengaruhi persepsi masyarakat bahawa jurang pendapatan semakin melebar. Persoalannya, apakah takrif pendapatan terbaik dalam pengukuran jurang ekonomi isi rumah di Malaysia? Pendapatan boleh guna atau pendapatan bersih setelah ditolak potongan-potongan seperti cukai, KWSP dan Perkeso merupakan definisi yang lebih sesuai digunakan dalam mengukur taraf hidup isi rumah. Sementara itu, ketersediaan data terperinci bagi setiap komponen pendapatan, beserta data pemilikan harta di Malaysia boleh membantu memahami tentang jurang yang wujud dengan lebih mendalam.

Read Full Publication

Article highlight

"Jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat di Malaysia secara amnya bertambah baik, dengan kadar ketaksamaan berdasarkan pekali Gini menurun daripada 0.459 pada 1997 kepada 0.399 pada 2016."

featured report

Conclusion

Download Resources
Files
Attributes
Footnotes
References
Photography Credit

Related to this Publication

No results found for this selection
You can  try another search to see more

Want more stories like these in your inbox?

Stay ahead with KRI, sign up for research updates, events, and more

Thanks for subscribing. Your first KRI newsletter will arrive soon—filled with fresh insights and research you can trust.

Oops! Something went wrong while submitting the form.
Follow Us On Our Socials